Blog Cikgu Syamsul

Ini adalah Blog Rasmi Cikgu Syamsul

Pemberitahuan

Sunday, January 19, 2014

Sistem Peredaran Darah Manusia

Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah manusia
Sumber asal : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhgDttkSQwwCa0wWK18VS_3y07-WGefheSUhmvLr82kSLpVSXSGsqpk0xeykbHhsyGBOkGSDZb26rFK2k-hcz0gm__wy7k5xjmprx9C2VWQRANvrDdBGsKo1uDd7e00zAMZAcXvVtaUfI/s1600/peredaran+darah.jpg 

Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran ganda dua kerana darah akan melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu kitaran.

Bermula dari jantung, darah beroksigen dipam dari ventrikel kiri ke seluruh bahagian badan manusia melalui aorta. Seterusnya, apabila samapi ke kapilari darah, oksigen akan dibebaskan. Darah yang terdeoksigen tersebut akan dihantar semula ke jantung melalui vena kava ke dalam atrium kanan. Darah kemudiannya dipam oleh ventrikel kanan ke peparu melalui arteri pulmonari. Di dalam peparu, darah akan bergabung dengan oksigen dan dihantar ke jantung semula melalui vena pulmonari ke atrium kiri di dalam jantung. Seterusnya kitaran akan bemula semula.

Terdapat dua kitaran dalam sistem peredaran darah manusia iaitu Kitaran Pulmonari dan Kitaran Sistemik. Kitaran Pulmonari adalah peredaran darah dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung. Kitaran Sistemik pula adalah peredarah darah dari jantung ke seluruh badan dan kembali ke jantung.

Video yang menunjukkan sistem peredaran darah manusia

sumber : https://www.youtube.com/watch?v=jtGRHnqjqU0

No comments:

Post a Comment