Blog Cikgu Syamsul

Ini adalah Blog Rasmi Cikgu Syamsul

Pemberitahuan

Monday, January 20, 2014

Jantung Manusia

Jantung adalah organ manusia yang berperanan mengepam darah ke seluruh badan.

Struktur jantung terdiri daripada 4 ruang iaitu atrium kiri dan atrium kanan dibahagian atas manakala ventrikel kiri dan ventrikel kanan di bahagian bawah. Atrium kiri menerima darah beroksigen dari peparu manakala Atrium Kanan menerima darah terdeoksigen dari sel badan. Ventrikel kiri pula mengepam darah beroksigen ke sel badan manakala Ventrikel kanan pula mengepam darah terdeoksigen ke peparu.

Setiap ruang jantung ini dihubungkan dengan salur darah utama iaitu Aorta, Arteri pulmonari, Vena pulmonari dan Vena kava. Aorta menyalurkan darah beroksigen dari jantung ke sel badan. Arteri pulmonari menyalurkan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu. Vena pulmonari menyalurkan darah beroksigen dari peparu ke jantung manakala Vena kava menyalurkan darah dari sel badan ke jantung.

sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWcBjXWCCBolog8kn3NmKxWDWV4dOg6Qn6nW3tj8bFZXMMP3TKj18EtdSIZ9N2EhLvLm-CfWcM13_6UKJZN6Tjotas2Ed6SDyrwykjPsTU6FbJmNs2fTWrOrd9LBL8N42eTCt8UtAyX2N-/s1600/struktur+jantung.jpg

 Bagaimana jantung berfungsi

 
sumber : https://www.youtube.com/watch?v=4rEvlRnGxRc

No comments:

Post a Comment