Blog Cikgu Syamsul

Ini adalah Blog Rasmi Cikgu Syamsul

Pemberitahuan

Showing posts with label syamsul. Show all posts
Showing posts with label syamsul. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Jantung Manusia

Jantung adalah organ manusia yang berperanan mengepam darah ke seluruh badan.

Struktur jantung terdiri daripada 4 ruang iaitu atrium kiri dan atrium kanan dibahagian atas manakala ventrikel kiri dan ventrikel kanan di bahagian bawah. Atrium kiri menerima darah beroksigen dari peparu manakala Atrium Kanan menerima darah terdeoksigen dari sel badan. Ventrikel kiri pula mengepam darah beroksigen ke sel badan manakala Ventrikel kanan pula mengepam darah terdeoksigen ke peparu.

Setiap ruang jantung ini dihubungkan dengan salur darah utama iaitu Aorta, Arteri pulmonari, Vena pulmonari dan Vena kava. Aorta menyalurkan darah beroksigen dari jantung ke sel badan. Arteri pulmonari menyalurkan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu. Vena pulmonari menyalurkan darah beroksigen dari peparu ke jantung manakala Vena kava menyalurkan darah dari sel badan ke jantung.

sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWcBjXWCCBolog8kn3NmKxWDWV4dOg6Qn6nW3tj8bFZXMMP3TKj18EtdSIZ9N2EhLvLm-CfWcM13_6UKJZN6Tjotas2Ed6SDyrwykjPsTU6FbJmNs2fTWrOrd9LBL8N42eTCt8UtAyX2N-/s1600/struktur+jantung.jpg

 Bagaimana jantung berfungsi

 
sumber : https://www.youtube.com/watch?v=4rEvlRnGxRc

Thursday, October 31, 2013

myBlog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengunjungi ruangan perkongsian saya di sini. Ruangan ini saya bangunkan adalah untuk mengumpulkan segala koleksi bahan PdP saya. Ini akan menjimatkan ruangan penimpanan bahan-bahan tersebut dalam komputer saya. Kelebihannya ialah saya boleh mencapai bahan tersebut dari mana sahaja yang mempunyai liputan internet. Jadi saya tidak perlu mengusung apa-apa benda fizikal untuk mencapai akses kepada bahan tersebut.

Antara tujuan lain saya membangunkna laman ini ialah supaya saya boleh berkongsi bahan-bahan PdP saya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan samada rakan-rakan guru mahupun pelajar atau sesiapa sahaja yang boleh memanfaatkan bahan-bahan tersebut dengan tujuan yang baik.

Saya amat berharap agar semua bahan ini tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri atau mengaut keuntungan. Semua bahan yang saya kongsikan di sini adalah percuma. Tidak ada niat atau tujuan untuk perniagaan.

Akhir sekali, diharapkan laman ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian terima kasih.